HI ! :) terima kasihlah kerana sudi membaca walaupun BM terabur tapi takpalah aslkan korang faham kan ,
First of all , nak bagitahu aku bukan doktor pakar kulit ke apa , tapi nak bercerita berdasarkan pengalaman aku sendiri , produk apa yang aku pakai , macam mana aku jaga muka dan sebagainya ha gituuhh
Ramai DM dekat insta tanya pakai skincare apa ? .... kenal tak produk yang mula2 keluar dulu sebelum jenama2 local brand yang lain muncul ,, haaa ni dia SET COLLAGEN VIT E
*credit to owner*
haa tudiaa , set skincare yang mula2 keluar di pasaran rasanyalah ,,, dia ada sabun , day cream and night cream . My mom yang sarankan pakai set skincare ni sebab time tu adalah jerawat sikit2 ye lah dah remaja kann normal lah . Memang aku guna set skincare ni and kesan dia wow memang meletopsss putih dia lain macam , belum sampai seminggu but hampir seminggu camtu ramai orang tegur ,'' ehhhh , aina makin putih lahh pakai produk apa nii ? '' aku punn bagitau lah guna set collagen vit E ni .
Disebalik teguran itulah aku sedar ,,terpikir and rasa tak sedap hati kenapa produk ni kesan dia cepat sangat eh ? hahaha patutnya suka la kan sebab kesan dia cepat kan tapi aku sebaliknyaa so aku decide untuk stop . Haa ok dah masuk klimaks ni , bila dah stop tu haa ambik kau jerawat tumbuh bukan main banyak ,, muka breakout habis ,, merah2 ,, pedih2 , time tu confident level memang jatuh habis ,, dah la time tu dah memang xde peminat langsung pastu makin hodoh lagi ada lah .
My mom pun kesian tengok princess dia sorang ni *ala gedik* so umi lah yang berusaha perah otak cari skincare yang sesuai untuk rawat kulit aku ni . Semestinya pilihan utama rakyat malaysia untuk shopping skincare ni dekat watsons@guardian sebab kat situ skincare dia memang dijamin selamat so jangan risau .
1st Skincare : Safi balqis
So inilah skincare pertama yang saya guna after muka breakout , macam2 nama aku cuba lidah buaya lahh tak lidah buaya laa semua try tapi jenama safi balqis la ,, lama jugak la hidup dengan safi balqis ni tapi sama je ,, takde berubahan muka still ada jerawat maybe muka aku tak sesuai dengan produk ni , so aku decide nak tukar skincare sebab tak berkesan sangat .
Next skincare : Lunas D herbs
My mom terjumpa produk D'herbs Lunas Resdong dia suruh aku try , before that let me talk serious to you guys , set lunas ni antara produk local brand yang saya berani pakai after breakout dan kesan dia memang bagus , natural means no chemical and selamat ,, sebab apa aku ckp produk ni no chemical sebab bila aku stop guna produk ni muka tak breakout and jerawat pun tak tumbuh ,, kesannya maybe lambat sikit tapi berkesan ,, I guna ni almost 1 year ,sangat berkesan sebab jerawat aku jadi kering , and aku still pakai lagi da punya cream jerawat best sangat ,, jerawat kecut and rasa berangin gituhh .. for who yang tak tau set lunas resdong ni ha ni diaa , saya ada sekeping je gambar dia , kalau nak tengok full set korang google ok .
Tudiaa ,, Alhamdulillah ni hasil dia 1 tahun pakai set lunas ni ... So ni la skincare yang aku pakai after muka aku breakout , and korang pun boleh cuba memang disarankan sebab after breakout muka akan tumbuh banyak jerawat kan , so set lunas ni dia memang membantu untuk mengeringkan jerawat korang tu , so bila dah kering barulah korang boleh pakai makeup semua tu kalau tidak akan jadi pedih2 muka korang . Tapi aku tak tau la set lunas ni still wujud lagi ke tidak sebab dah lama aku tinggalkan set lunas ni ... about 4 years . Cuba tengok dekat giant sri gombak kat depan kaunter bayaran tu (kalau korang duduk area gombak ) kalau ada jual lagi ,, insyallah ada :) and harga dia mampu milik jangan risau ,, aku pun tak mampu nak beli yang mahal2 , kalau tak dah lama pi jumpa doktor pakar dah .. xD
Next skincare : Bio essence tanaka white
Almost 1 year guna lunas d'herbs ni memang puas hati sangat , muka pun dah semakin pulihh ,, jerawat dah kecut tapi satu je ,, lunas dherbs ni dia takda day cream that why aku decide nak tukar produk sebab nak beli yang one set punya skincare terus yang lengkap ada pencuci , toner , serum , day cream and night cream . So macam biasalah my hero ,, my mom yang arif membuat pilihan ,, dia berkenan dengan produk bio essence nii , so dia nak aku try yang tanaka white , so aku pun cuba lahh sebab aku percayakan mak aku walaupun sebab dia la muka aku breakout :') ahhaahhaha xdelah gurau .
Alhamdullilah sampai sekarang pakai set skincare ni yang ramai sangat orang tanya makin cantik laa pakai apa , haaa ni la dia.. So far muka dah ok sikit makin lama muka makin pulihh , scar pun sikit demi sedikit hilang cuma nk kata xdelah muka terus jadi flawless ,, takkk.. muka still ada jerawat kecik2 kat dahi terutamanya lagi2 time period memang dia akan timbul jerawat kecik2 kat dahi , but normal kulit remaja kan . So korang dah tahu rahsia aku btw ni bukan sponsor ke apa ya memang ikhlas dari hati nak share
hasil kesabaran aku selama 4 tahun xD
memang lambat tapi alhamdullilah puas hati dengan kesan dia
Apa yang aku dapat belajar dari pengalaman aku ni , syukur aku sedar lebih awal pasal chemical skincare ni , sekarang memang tak berani langsung nak cuba skincare yang pelik2 , sebab sekarang ni ramai sangat orang yang muka breakout sebab tersalah guna produk so nak pesan , bagi saya kalau nak beli skincare beli lah yang natural je yang jual dekat watsons and guardian ,, sebab dekat situ memang dijamin selamat sebab diorang jaga . Janganla korang taksub sangat nak cantik dalam masa yang singkat ,, biasanya produk chemical ni kesan dia memang cepat sangat macam baru seminggu pakai muka dah jadi putih gebu ,, memang berkesan bila korang pakai , tapi cuba korang stop dari situ korang boleh lihat sendiri . Biar lambat aslkan kulit kita sihat , sebab nak cantik bukan senang dikk oii . Kepada sesiapa yang muka dia breakout jangan risau sebab insyallah boleh pulihkan balik tapi kena sabar ya lama kelamaan dia akan sembuh jugak :) kalau korang berduit pergila jumpa dr pakar ,, lagi cepat nak pulihkan , tapi tulah harga dia bukan murah ya hampir 1k jugakk , kalau jumpa yang murah tu baguslah tapi make sure produk tu selamat .
Ok sampai sini sahaja ,, sebenarnya banyak lagi nak bagitau ,, takpa next post I nak kasi tips dekat korang macam mana my skin get better day by day insyallah ,, doa2kan lah supaya jari ni rajin menaip ya xD
Kalau ada pertanyaan , korang boleh tanya direct via Instagram @ainazairee
thank you for reading